img Leseprobe Leseprobe

Kepentingan Ekonomi Jepun di Sabah Selepas Perang Dunia Kedua

Uqbah Iqbal

EPUB
0,99

BookRix img Link Publisher

Geisteswissenschaften, Kunst, Musik / Geschichte

Beschreibung


Pembangunan ekonomi Malaysia pada masa kini diwarisi daripada tiga tahap sebelumnya, dimulakan dengan tahap pertumbuhan dan perkembangan pesat industri sumber asli dari pertengahan abad ke-19 sehingga tahun 1914, diikuti tempoh turun naik atau ketidakstabilan industri sumber asli antara Perang Dunia Pertama dan Kedua dan akhir sekali tahap penyatuan dan rasionalisasi industri sumber asli bersama dengan kepelbagaian ekonomi selepas tahun 1945. Walaupun Malaysia merupakan bekas koloni British, kepentingan ekonomi Jepun telah menyumbang kepada perubahan dasar luar negara dari Dasar Pro-Barat semasa zaman kolonial dan pasca-kolonial menjadi Dasar Pandang Ke Timur semasa pentadbiran Tun Dr. Mahathir Mohamad. Justeru itu permasalahan pokok dalam kajian ini adalah untuk merungkai kepentingan ekonomi Jepun di Borneo Utara dan Sabah selepas Perang Dunia Kedua. Dari segi metodologi yang digunakan, penyelidikan ini mengenalpasti dan mengumpul sumber-sumber primer dan sekunder daripada perpustakaan, Arkib Negara Malaysia dan National Library of Singapore.

Weitere Titel von diesem Autor
Weitere Titel in dieser Kategorie

Kundenbewertungen

Schlagwörter

Sabah, Borneo Utara, Ekonomi, Jepun